Jumaat, 24 Mei 2019

Belajar Arduino Dan Raspberry Pi di idrisz.my

Assalamualaikum semua.


Post kali ini bukan berkenaan projek, tetapi bagaimana anda boleh mula belajar Arduino dan Raspberry Pi bagi membantu dalam pembinaan projek anda. Blog Idrisz telah dibina bagi memudahkan mereka yang kosong tentang ilmu Arduino dan Raspberry Pi seperti pelajar atau pemula, untuk memulakan pembelajaran. Blog ini ditulis didalam bahasa Melayu dan anda boleh belajar dengan mengikuti silibus yang diberikan. Kos untuk kit perkakasan mula belajar juga rendah, seperti Arduino, ia hanya menggunakan papan Maker UNO. Berikut adalah topik asas yang anda boleh mula dengan Maker UNO.

Pengenalan Belajar Arduino:
1. Apa itu Arduino?
2. Cara Memilih Papan Arduino Yang Sesuai
3. Papan Arduino Uno
4. Papan Arduino Uno Serasi
5. Cara Memasang Perisian Arduino IDE
6. Pengenalan Arduino IDE
7. Muat Naik Pengaturcaraan Arduino
8. Belajar Lebih Mudah dengan Maker UNO
9. Cara Memasang Driver Maker UNO
10. Muat Naik Pengaturcaraan ke Maker UNO

Asas Arduino (Maker UNO)
1. Mengawal Pin Keluaran Digital
2. Membaca Pin Masukan Digital
3. Mengawal Pin Keluaran Analog
4. Menghasilkan Nada Melodi
5. Menghasilkan Corak Cahaya LED
6. Membaca Pin Gangguan Luaran
7. Menulis dan Membaca Komunikasi Siri

Bagi Raspberry Pi pula, ia menggunakan papan Raspberry Pi Zero WH bersama Maker pHAT. Perkakasan kit ini sangat membantu untuk memulakan pembelajaran Raspberry Pi pada kos yang rendah. Berikut adalah topik asas yang anda boleh mula dengan Raspberry Pi.

Pengenalan Belajar Raspberry Pi
1. Apa itu Raspberry Pi?
2. Senarai Papan Raspberry Pi
3. Memasang Sistem Operasi Raspbian
4. Memasang Perkakasan Raspberry Pi
5. Apa Itu Maker HAT?
6. Remote Raspberry Pi Serial
7. Remote Raspberry Pi VNC
8. Mengubah Resolusi Desktop Raspbian
9. Perisian Python di Raspbian
10. Menjalankan Kod Pengaturcaraan Python

Asas Program Python Raspberry Pi GPIO
1. Mengawal Pin Keluaran Digital
2. Membaca Pin Masukan Digital
3. Menghasilkan Bunyi Daripada Pembaz
4. Menghasilkan Corak Cahaya LED

Semoga dengan perkongsian ini, anda boleh mula belajar lebih awal dan bersedia untuk menghadapi projek tahun akhir. Negara perlukan lebih ramai tenaga mahir untuk bergerak maju ke hadapan. Jadilah juara!



Terima kasih.