Rabu, 3 Januari 2018

Projek: IoT Blynk Penggera Pencuri (Kos Rendah) 2018

Assalamualaikum semua.


Projek IoT Blynk Penggera Pencuri adalah projek yang akan memberikan notifikasi kepada pemilik melalui aplikasi Blynk apabila mengesan suis magnetik dibuka. Projek ini memerlukan sambungan internet, dan pemilik perlu menggunakan aplikasi Blynk.

Projek ini menggunakan:
1. Board ESP8266 OLED.
2. PCB projek IoT Blynk Penggera Pencuri.
3. Suis Magnetik.
4. Buzzer.
5. Transistor 2N2222.
6. Dwi LED Hijau Merah.
7. Resistor 1kΩ (5 unit).

Berikut adalah litar skematik dan layout PCB:



Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
1. Jadikan telefon pintar anda sebagai hotspot.
2. Rapatkan suis magnetik.
3. Hidupkan board IoT Blynk Penggera Pencuri dan tunggu sistem sedia.
4. Jika suis magnetik dibuka, pemilik akan dapat notifikasi melalui aplikasi Blynk.

Nota:
*Sila rujuk video dibawah untuk lebih jelas.
**Untuk maklumat lebih lanjut, perlu tempah projek.


Berikut adalah video cara projek berfungsi:



Jika anda meminati dengan projek ini, sila buat tempahan dengan menghubungi kami melalui Whatsapp (rujuk di bahagian kanan blog).

Terima kasih.