Sabtu, 15 Julai 2017

Projek: Arduino GSM Bluetooth Kids Alert

Assalamualaikum semua.




Projek Arduino GSM Bluetooth Kids Alert adalah projek untuk memastikan anak jagaan berada berdekatan dengan penjaganya. Alat ini perlu dipasang pada anak, kemudian sambungkan bluetooth alat ini dengan bluetooth hp. Jika anak berada jauh dari penjaga dan menyebabkan sambungan bluetooth terputus, alat ini akan menghantar SMS kepada penjaganya sebagai amaran.

Projek ini menggunakan:
1. Arduino Uno.
2. GSM SIM800L.
3. Bluetooth HC-05.
4. PCB/Strip Board.
5. Buzzer.
6. Voltage Regulator LM1084-ADJ.
7. Dwi LED.
8. Transistor 2N2222.
9. Capacitor 16μF 25V.
10. Resistor 100Ω, 220Ω, 330Ω dan 1kΩ.
11. Header Pin.
12. 12V 1A Adapter.
13. Kabel USB.

Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
1. Pasang adapter dan hidupkan board.
2. Tunggu sehingga GSM sedia. Kemudian hantar SMS "START" untuk mula.
3. Pair dan sambungkan bluetooth diantara alat ini dan hp.
4. Jika sambungan bluetooth terputus, anda akan dapat SMS amaran dari alat ini.

Nota:
*Sila rujuk video dibawah untuk lebih jelas.


Berikut adalah video cara projek berfungsi:



Jika anda meminati dengan projek ini, sila buat tempahan dengan menghubungi kami melalui Whatsapp (rujuk di bahagian kanan blog).

Terima kasih.