Jumaat, 16 Jun 2017

Projek: Arduino RFid Door Access

Assalamualaikum semua.



Projek Arduino RFid Door Access adalah projek untuk membolehkan seseorang membuka pintu menggunakan kad RFid yang berdaftar sahaja. Projek ini sesuai dipasang pada bilik yang memerlukan sekuriti tinggi seperti makmal, perpustakaan, pengurusan, dan lain-lain.

Projek ini menggunakan:
1. Arduino Uno.
2. 125kHz RFid Reader.
3. Kad RFid.
4. PCB/Strip Board.
5. Buzzer.
6. Electro Magnetic Lock (EML).
7. LED.
8. Transistor 2N2222.
9. Mosfet.
10. Resistor 1k, 10k.
11. Header Pin.
12. Terminal Connector.
13. 12V 1A Adapter.
14. Kabel USB.

Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
1. Pasang adapter dan hidupkan board.
2. Pasang kable USB dan buka Arduino Serial Monitor.
3. Untuk tambah pengguna, taip ADD dan klik Send. Scan kad RFid pada RFid reader.
4. Untuk membuka EML, scan kad RFid pada RFid reader. Pintu hanya akan dibuka jika kad RFid sudah berdaftar.

Nota:
*Sila rujuk video dibawah untuk lebih jelas.


Berikut adalah video cara projek berfungsi:



Jika anda meminati dengan projek ini, sila buat tempahan dengan menghubungi kami melalui Whatsapp (rujuk di bahagian kanan blog).

Terima kasih.