Rabu, 17 Mei 2017

Projek: Raspberry Pi WiFi Telegram Kamera Penggera Pencuri

Assalamualaikum semua.





Projek Raspberry Pi WiFi Telegram Kamera Penggera Pencuri adalah projek untuk mengesan pencuri/penceroboh yang memasuki rumah dan berkebolehan mengambil gambar serta menghantar ke aplikasi Telegram Bot. Projek ini menggunakan:
1. Raspberry Pi 3.
2. Kamera Pi.
3. Donut board atau litar PCB.
4. Sensor magnetic suis (2 unit).
5. Buzzer.
6. Push button.
7. LED dwi warna.
8. Transistor 2N2222.
9. Resistor 330 dan 1k.
10. Jumper wire.
11. USB to UART converter (pilihan).

Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
1. Hidupkan board, pastikan ada WiFi untuk disambung.
2. Tunggu sehingga Raspberry Pi sedia dan run skrip.
3. Buka aplikasi Telegram Bot dan klik '/Start'.
4. Ikut arahan yang diberikan, sama ada dengan menghantar 'PHOTO' atau 'ENABLE'.
5. Arahan 'PHOTO' adalah untuk mengambil gambar secara manual, manakala 'ENABLE' akan mengaktifkan sensor dan boleh mengambil gambar secara auto apabila sensor dibuka.

Nota:
*Sila rujuk video dibawah untuk lebih jelas.


Berikut adalah video cara projek berfungsi:



Jika anda meminati dengan projek ini, sila buat tempahan dengan menghubungi kami melalui Whatsapp (rujuk di bahagian kanan blog).

Terima kasih.