Sabtu, 15 April 2017

Projek: IoT WiFi Telegram Suis 2017

Assalamualaikum semua.




Projek IoT WiFi Telegram Suis adalah projek untuk mengawal suis (relay) menggunakan aplikasi Telegram. Contoh mudah untuk aplikasi projek ini adalah seperti mengawal lampu AC menggunakan push button atau aplikasi Telegram. Sebagai contoh, jika anda keluar rumah dan kurang pasti sama ada sudah menutup lampu atau tidak, anda boleh menggunakan aplikasi Telegram pada Android phone atau iPhone untuk mengawal dari jauh lampu di rumah. Projek ini menggunakan:
1. Board WeMos D1 (ESP8266).
2. Donut board atau litar PCB.
3. Relay dan connector (2 unit).
4. OLED I2C.
5. Set Arduino header pin.
6. Push button (2 unit).
7. LED (2 unit).
8. Transistor 2N2222 (3 unit).
9. Buzzer.
10. Resistor 1k (5 unit).
11. Jumper wire.

Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
1. Pasang adapter dan hidupkan board.
2. Tunggu sehingga sistem sedia.
3. Cuba kawal suis (relay) menggunakan push button pada board.
4. Cuba kawal suis (relay) menggunakan aplikasi Telegram.
5. Contoh arahan untuk mengawal suis (relay): RELAY1 ON - untuk hidupkan suis (relay) 1, RELAY1 OFF - untuk matikan suis (relay) 1, RELAY2 ON - untuk hidupkan suis (relay) 2, RELAY2 OFF - untuk matikan suis (relay) 2.

Nota:
*Sila rujuk video dibawah untuk lebih jelas.


Berikut adalah video cara projek berfungsi:



Jika anda meminati dengan projek ini, sila buat tempahan dengan menghubungi kami melalui Whatsapp (rujuk di bahagian kanan blog).

Terima kasih.