Ahad, 19 Mac 2017

Projek: Arduino GSM Servo 2017

Assalamualaikum semua.



Projek Arduino GSM Servo adalah projek untuk mengawal motor servo menggunakan SMS. Projek ini boleh digunakan untuk aplikasi projek GSM Barrier Gate. GSM Pet Feeder atau lain-lain yang berkaitan. Projek ini menggunakan:
1. Arduino Leonardo dan kabel USB.
2. Litar PCB untuk projek GSM Servo.
3. Modul GSM SIM800L.
4. Voltage regulator LM1084-ADJ.
5. Motor Servo.
6. Piezo buzzer.
7. Transistor 2N2222.
8. LED dua warna - merah dan hijau.
9. Capacitor 47uF (2 unit).
10. Resistor 1k, 330, 220 dan 100.
11. Long male header pin.

Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
1. Masukkan mini SIM kad (pastikan ada kredit) ke dalam modul GSM.
2. Pasang adapter dan hidupkan board.
3. Tunggu sistem bersedia lebih kurang dalam 30 saat. Apabila sistem sudah sedia, buzzer akan mainkan melody sedia, dan LED akan menyala berwarna merah.
4. LED merah menunjukkan servo berada dalam keadaan tutup (0 darjah). Untuk menggerakkan servo pada posisi buka, hantar SMS "OPEN" ke nombor SIM kad pada GSM tersebut. Servo akan ke posisi buka (90 darjah) dan LED akan menyala berwarna hijau.
5. Untuk kembali ke posisi tutup, hantar SMS "CLOSE". Servo akan kembali ke posisi tutup (0 darjah) dan LED akan menyala berwarna merah.

Nota:
*Sila rujuk video dibawah untuk lebih jelas.


Berikut adalah litar skematik dan layout PCB:



Berikut adalah video cara projek berfungsi:



Jika anda meminati dengan projek ini, sila buat tempahan dengan menghubungi kami melalui Whatsapp (rujuk di bahagian kanan blog).

Terima kasih.