Sabtu, 11 Mac 2017

Projek: Arduino GSM Penggera Penceroboh 2017

Assalamualaikum semua.



Projek Arduino GSM Penggera Penceroboh adalah projek untuk mengesan penceroboh yang memasuki rumah. Suis magnetik digunakan untuk mengesan jika pintu atau tingkap dibuka. Untuk makluman, projek ini merupakan revision kali ke 2. Tujuan revision adalah untuk jadikan kos lebih rendah dan kendalian lebih mudah. Anda boleh rujuk revision 1 disini. Projek ini menggunakan:
1. Arduino Uno dan kabel USB.
2. Litar PCB untuk projek GSM Penggera Penceroboh.
3. Modul GSM SIM800L.
4. Voltage regulator LM1084-ADJ.
5. Suis magnetik (3 unit).
6. Piezo buzzer.
7. Transistor 2N2222.
8. LED dua warna - merah dan hijau.
9. Capacitor 47uF (2 unit).
10. Resistor 1k, 330, 220 dan 100.
11. Long male header pin.

Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
1. Masukkan mini SIM kad kedalam GSM modul. Pastikan ada kredit didalamnya.
2. Pasang adapter dan hidupkan board.
3. Tunggu sistem bersedia lebih kurang dalam 30 saat. Apabila sistem sudah sedia, buzzer akan mainkan melody sedia, dan LED akan menyala berwarna merah.
4. LED merah menunjukkan sensor berada didalam keadaan tidak aktif. Untuk mengaktifkan sensor, hantar SMS "ENABLE" ke nombor SIM kad pada GSM tersebut. Pastikan suis magnetik dalam keadaan tertutup. LED akan menyala berwarna hijau.
5. Dalam keadaan ini, jika suis magnetik terpisah (bermaksud pintu/tingkap dibuka), sistem ini akan mengeluarkan bunyi siren dan menghantar SMS kepada pengguna.
6. Buzzer akan terus berbunyi sehingga SMS "SILENT" dihantar.
7. Ulang langkah 4 untuk mengaktifkan sensor semula.

Nota:
*Sila rujuk video dibawah untuk lebih jelas.


Berikut adalah litar skematik dan layout PCB:



Berikut adalah video cara projek berfungsi:



Jika anda meminati dengan projek ini, sila buat tempahan dengan menghubungi kami melalui Whatsapp (rujuk di bahagian kanan blog).

Terima kasih.