Isnin, 20 Februari 2017

Projek: Arduino Penggera Pencuri 2017

Assalamualaikum semua.



Projek Arduino Penggera Pencuri ini adalah projek mengesan pergerakan dan akan mengeluarkan bunyi penggera. Projek ini menggunakan:
1. Arduino Uno dan kabel USB.
2. Litar PCB untuk projek Penggera Alarm.
3. Pengesan pergerakan PIR.
4. Buzzer.
5. Transistor 2N2222.
6. Suis tekan (2 unit).
7. LED dua warna - merah dan hijau.
8. Resistor 1k dan 330.
9. Set Arduino shield header pin.

Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
1. Hidupkan board, LED akan menyala berwarna merah. Sebaiknya pastikan tiada pergerakan di sekeliling selama 1 minit.
2. Untuk mengaktifkan sistem, tekan suis 1 dan suis 2 serentak. LED akan menyala berwarna hijau.
3. Ketika ini, jika pergerakan dikesan, buzzer akan mengeluarkan bunyi penggera dan LED berkelip merah. Walaupun selepas seketika pergerakan sudah tiada, sistem akan berterusan membunyikan penggera.
4. Untuk diamkan penggera, tekan suis 1. Penggera akan diam tetapi LED masih berkelip merah.
5. Untuk nyahaktifkan sistem, tekan suis 2. LED akan menyala berwarna merah.
6. Ulang langkah 2 untuk gunakan semula. Seperti langkah 1 tadi, sebaiknya pastikan tiada pergerakan di sekeliling selama 1 minit sebelum mengaktifkan sistem.

Nota:
*Sila rujuk video dibawah untuk lebih jelas.
**Ada masa anda baru saja aktifkan sistem, penggera sudah berbunyi. Jangan risau, tiada apa masalah, cuma pengesan pergerakan PIR ini sangat sensitif. Cuba ulang lagi langkah yang disenaraikan, dan pastikan tiada pergerakan di sekeliling selama 1 minit (atau lebih) sebelum mengaktifkan sistem.


Berikut adalah litar skematik dan layout PCB:



Berikut adalah video cara projek berfungsi:



Jika anda meminati dengan projek ini, sila buat tempahan dengan menghubungi kami melalui Whatsapp (rujuk di bahagian kanan blog).

Terima kasih.