Isnin, 2 Januari 2017

Projek: Arduino GSM Pengesan Surat 2017

Assalamualaikum semua.



Projek Arduino GSM Pengesan Surat adalah projek untuk mengesan surat di dalam peti surat dan memberitahu pengguna melalui SMS. Untuk makluman, projek ini merupakan revision kali ke 3. Tujuan revision adalah untuk jadikan kos lebih rendah dan kendalian lebih mudah. Anda boleh rujuk revision 1 dan revision 2.

Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
1. Masukkan mini SIM kad kedalam GSM modul. Pastikan ada kredit didalamnya.
2. Pasang adapter dan hidupkan board.
3. Tunggu sistem bersedia lebih kurang dalam 30 saat. Apabila sistem sudah sedia, buzzer akan mainkan melody sedia, dan LED akan menyala berwarna merah.
4. LED merah menunjukkan sensor berada didalam keadaan tidak aktif. Untuk mengaktifkan sensor, hantar SMS "ENABLE" ke nombor SIM kad pada GSM tersebut. LED akan menyala berwarna hijau.
5. Dalam keadaan ini, apabila sensor mengesan surat, sistem akan menghantar SMS kepada pemilik menyatakan surat sudah berada didalam peti surat. Sensor akan kembali ke keadaan tidak aktif.
6. Selepas mengambil semua surat, ulang langkah 4 untuk mengaktifkan sensor semula.

Skematik dan PCB:



Jika anda meminati dengan projek ini, sila buat tempahan dengan menghubungi kami melalui Whatsapp (rujuk di bahagian kanan blog).

Terima kasih.