Selasa, 19 Julai 2016

Project: Arduino GSM Mailbox Letter Alert (SIM800L)

Assalamualaikum semua.


Projek Arduino GSM Mailbox Letter Alert (SIM800L) adalah sama seperti projek yang sebelum ini cuma ia menggunakan GSM modul SIM800L.

Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
1. Masukkan mini SIM kad kedalam GSM modul. Pastikan ada kredit didalamnya.
2. Pasang adapter dan hidupkan board.
3. Tunggu sistem bersedia lebih kurang dalam 30 saat. Apabila sistem sudah sedia, buzzer akan mainkan melody sedia, dan LED akan menyala berwarna merah.
4. LED merah menunjukkan sensor berada didalam keadaan tidak aktif. Untuk mengaktifkan sensor, hantar SMS "LA ENABLE" ke nombor SIM kad pada GSM tersebut. LED akan menyala berwarna hijau.
5. Dalam keadaan ini, apabila sensor mengesan surat, sistem akan menghantar SMS kepada pemilik menyatakan surat sudah berada didalam peti surat. Sensor akan kembali ke keadaan tidak aktif.
6. Selepas mengambil semua surat, ulang langkah 4 untuk mengaktifkan sensor semula.
***Sila rujuk video dibawah untuk lebih jelas.

Skematik:



Video: (klik pada gambar untuk lihat video)


Jika anda meminati dengan projek ini, sila buat tempahan dengan menghubungi kami melalui Whatsapp (rujuk di bahagian kanan blog).

Terima kasih.